' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Rabu, Ogos 25, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA 2010

Dia Wanita

Bagai pohon tegak berdiri
Sentiasa kau tahan diuji
Bagai Sungai yang terus mengalir
Pengorbanan tetap tak pernah berakhir

Wanita
Engkau bulan engkau juga suria
Wanita
Kerana keistimewaanmu
Terpikul segala amanah di bahumu

Demi kebahagiaan semua
Api kau genggam menjadi bara
Jasad lebur
Semangat tak luntur
Wanita mithali engkaulah obor

Assalamualaikum,

Saya warga KEMAS Sekijang mengucapkan ' Selamat Hari Wanita ' kepada semua wanita di seluruh negara.

Kepada,

Para suri rumah kerana telah bertungkus lumus menguruskan sebuah rumah tangga. For making a building more than just a house, but a home.

Para ibu-ibu mithali yang bersabar dengan kerenah anak-anak serta suami. Bukan senang tu. Macam-macam ada.

Para wanita yang sentiasa menyokong suami mereka dengan penuh kepercayaan dan kesetiaan. Kelembutan yang ALLAH anugerahkan adalah untuk membelai tapi cukup kuat untuk menyokong di saat paling sukar.

Kepada semua wanita yang menuruti perintah ALLAH dan memenuhi takdir mereka sebagai perhiasan dunia, ingatlah betapa Islam memuliakan wanita dan mengapa. Sesungguhnya wanita paling mudah untuk menghuni syurga, tetapi penghuni neraka itu ramai daripadanya adalah wanita.

Semoga ALLAH memberkati dan meredhai hari ini yang dinamakan sebagai Hari Wanita dengan segala kebaikan. Semoga ALLAH merahmati semua wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails