Terima kasih diucapkan kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam ( Cuepacs) kerana memohon kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.
Sudah 2 tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak tahun 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus, jika tidak dapat 2 bulan memadailah sekadar 1 bulan gaji.
Keikhlasan, kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan diserahkan untuk menilai dan mempertimbangan semua ini. Pemberian bonus ini sudah pasti akan mengurangkan beban tanggungan dan menjadi suntikan semangat baru kepada hampir 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.
Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan, jika kakitangan ceria maka kerajaan akan lebih ceria.
Pemberian bonus ini mungkin akan dipertikaikan atau dimunifulasikan oleh pihak-pihak tertantu, tetapi jika Cuepacs tidak memperjuangkan, siapa lagi. Diharapkan usaha yang dilakukan oleh Cuepacs mendapat perkenan kerajaan. Maka dengan itu marilah kita sama berdoa agar ianya mencapai kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan