Pada 23 hb Sebtember 2010, KEMAS Daerah Segamat telah menganjurkan majlis 'Jalinan Kasih AidilFitri' di Dewan Majlis Daerah Labis. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Ybhg. Kapten (B) Abd. Rahim Bin Mohd Salleh. Penolong Pengarah Operasi 1 KEMAS Negeri Johor.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pn. Noor Aniza Bte Sarijan Pegawai KEMAS Daerah Segamat. Antara lain ucapanya majlis yang diadakan ini adalah satu majlis yang telah dirancang setiap tahun, bagi menjalin hubungan kekeluargaan diantara kakitangan KEMAS Labis, Sekijang dan Segamat. Jika sebelum ini kita gemar mengadakan kumpulan atau pasukan sendiri tetapi pada hari ini hendaklah kita merapatkan hubungan agar kita, supaya tidak berada dalam satu kelompok kita sahaja sedangkan kita sebagai anggota KEMAS akan berkerjasama tanpa mengira mereka daripada kawasan mana.
Majlis diserikan lagi dengan ucapan Ybhg. Kapten ( B) Abd. Rahim Bin Mohd. Salleh. Penolong Pengarah Operasi 1KEMAS Negeri Johor.
Beliau menyarankan agar setiap anggota KEMAS perlu kuat bekerja setiap masa. Bekerja mengikut peraturan dan masa yang telah pun ditetapkan. Jangan kita gunakan masa kerja kita dengan melakukan tugas-tugas peribadi. Haram wang yang kita perolihi nanti jika kita tidak bekerja mengikut masa dan tugasan yang diamanahkan kepada kita. Miskupun kata-kata beliau ini kasar tetapi itulah hakikatnya yang perlu kita terima.
Akhirnya semoga majlis seperti ini akan dapat dilaksakan setiap masa agar kita dapat mengeratkan hubungan dikalangan keluarga KEMAS supaya ada kekutan kepada KEMAS itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan