Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia Disamping Memelihara Keharmonian Rakyat Malaysia.
Sejak dari bangku sekolah, Rakyat negara ini didedahkan dengan semangat prinsip Rukun Negara yang menjadi teras perpaduan rakyat pelbagai bahasa, agama dan bangsa di negara ini. Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip itu adalah resipi kejayaan negara dalam menyatupadukan rakyatnya.
Bagaimanapun, dewasa ini penghayatan Rukun Negara semakin terhakis dalam jiwa rakyat Malaysia khususnya apabila mereka dewasa. Keadaan ini menyebabkan generasi sekarang seakan hilang jati diri mereka dan mudah terikut-ikut budaya asing. Gejala sosial yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini juga dikatakan sedikit sebanyak berpunca daripada penghayatan terhadap prinsip Rukun Negara.
Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak :
Mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakat;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang libral terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sais dan teknologi moden;
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan