' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Isnin, April 05, 2010

BENGKEL PENYEDIAAN PROFIL KAMPUNG SIRI 1/2010


Bengkel Penyediaan Profil Kampung KEMAS Sekijang siri 1 bagi DUN Pemanis telah disasarkan kepada Jawatankuasa JKKK Kampung Jawa, Segamat.

Program tersebut telah diadakan pada 4 April 2010, jam 2.30 petang di Balai Raya kampung Padang Lalang, Kampung Jawa, Segamat.

Bengkel Penyediaan Profil Kampung diadakan bagi memperkasakan institusi desa dalam usaha menerapkan konsep Gerakan Daya Wawasan ( GDW ) sebagai proses untuk membangunkan kampung ke arah yang berkualiti( desa Q ) berdasarkan penyedian penyedian profil kampung, plan tindakan pembangunan kampung dan pengemaskinikan pengkalan data " e-GDW ".

Objektifnya pula untuk memberikan kefahaman dan menerapkan hala tuju pembangunan kampung kepada semua agensi serta masyarakat setempat dan memperjelaskan peranan dan tanggungjawap setiap anggota yang terlibat dalam menyedia dan mengemaskini dokumen profil kampung kepada yang lebih baik, lengkap dan tersusun.


Taklimat dan penerangan disampaikan oleh
En. Khamis Bin Ngadiman
Penyelia Perhubungan Parlimen Sekijang

Pn. Istirohah Bt. Hashim( PPD&P)
En. Baharum B. Manan ( Pengerusi GDW )
Tn. Hj. Hassan B. Sitam ( Pengerusi JKKK )

Sebahagian daripada peserta bengkel


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails