' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Jumaat, Mei 15, 2009

LATAR BELAKANG

KEMAS Sekijang telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2005 berikutan persempadanan semula kawasan Pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) pada tahun 2004. Persempadan ini melibatkan Parlimen Segamat dan Parlimen Labis.
Hasilnya satu Perlimen baru diujudkan dan diberi nama SEKIJANG. Dalam Perlimen Sekijang terdapat 2 DUN iatu DUN Pemanis dan DUN Kemelah.
Nama SEKIJANG digunakan kerana dalam DUN kemelah terdapat sebuah kampung tradisional bernama Sekijang. Menurut cerita di kawasan kampung tersebut bayak kijang satu ketika dahulu.
Kawasan Operasi KEMAS Sekijang bermula dari Felda Pemanis 1, Felda Pemanis 2, Bumbun, Sulir, Pekan Jabi, Tahang Rimau, Jalan Buloh Kasap, kampong Mengkudu, Kampong Tengah, Felda Medoi, Kampong Jawa, Gubah dan Kampong Abdullah bagi DUN Pemanis.
Manakala DUN Kemelah meliputi kawasan Segamat Baru, Ladang Segamat, Felda Kemelah, Felda Redong, Sekijang, Chuan Moh San, Kampong Melayu Raya, Bukit Siput, Pekan Bukit Siput Utara, Paya Pulai, Pogoh, Ladang Labis Bahru dan Pekan Bukit Siput Selatan.
Pejabat KEMAS Sekijang terletak di KM4, Jalan Genuang, 85000 Segamat, Johor Darul Takzim bersebelahan dengan Pejabat Daerah Segamat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails