' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Sabtu, Mei 16, 2009

"Guru Pembina Negara Bangsa"


Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari guru di Malaysia. Guru adalah pendidik anak bangsa, tidak terbalas jasamu. Umpama sebatang lilin yang membakar diri, sanggup berkorban demi anak bangsa. Anak-anak didik datang dari berbagai latar belakang kehidupan merupakan cabaran untuk seseorang yang bergelar Guru dalam membentuk sahsiah diri seseorang yang bergelar pelajar.


Dikesempatan ini kami kakitangan KEMAS Sekijang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia, khasnya guru-guru Tabika KEMAS dalam Parlimen Sekijang dan amnya untuk semua guru-guru KEMAS di seluruh Malaysia.


Berbekalkan slogan "Guru Pembina Negara Bangsa" untuk sambutan Hari Guru - 2009 ini, diharapkan guru-guru akan lebih berdaya maju dan lebih kreatif dalam menyempurnakan slogan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", maka pencapaian anak bangsa yang didik haruslah lebih cemerlang daripada yang ada sekarang. Profession sebagai guru ini sememangnya tidak mudah dan penuh dengan cabaran seperti sesetengah orang sangkakan. Cabaran kini bukan kepalang tambahan lagi di zaman ICT ini, pelajar-pelajar semakin bertambah dan semakin bijak, dan tidak kurang juga ibubapa yang lebih cerdik dan pandai. Maka salah tunjuk-ajar guru maka terpalitlah lumpur kepada guru.


Guru menggalas bebanan harapan masyarakat dan Negara untuk mengahasilkan negara bangsa yang berilmu, dan seterusnya memakmurkan lagi bumi Malaysia yang tercinta.

Doa dan harapan dipohon kepadaNYA, agar semua guru-guru berada dalam lindungan dan rahmat Allah swt dan semoga dapat menjadi seorang guru yang berbakti untuk masa depan bangsa dan negara.




*gambar : http://www.tgn.uitm.edu.my/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails