Gambar hiasan |
Ke mana perginya sejuta bakat dan profesional Malaysia lari? Mereka ini yang dibesarkan dan rata-rata menimba ilmu di negara ini, juga yang telah dibiayai pendidikan ke luar negara, kini berhijrah dan bekerja di negara asing.
Pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Aziz cukup menggusarkan dan menghampakan.
Kami mahu bertanya mengapa perkara ini berlaku? Apakah persekitaran pekerjaan di negara ini tidak lagi menarik? Apakah ganjaran yang diterima sudah ketinggalan? Apakah majikan terlalu berkira membayar gaji? Apakah potensi mereka untuk terus meningkat tiada? Atau apa?
Kami juga mahukan Persekutuan Majikan- Majikan Malaysia (MEF) melihat perkara ini. Kita juga mahu kerajaan, khususnya Kementerian Sumber Manusia mencari punca kepada kebocoran ini.
Walaupun terdapat juga sebahagianya perpendapat disebabkan pendapatan yang tidak menarik tetapi kemungkinan ada sebab-musabab yang lain yang perlu diselongkar.
Apakan pihak berkuasa sumber manusia negara lain cukup aktif melancarkan kempen bagi menarik lebih ramai bakat luar ke negara mereka atau terdapat kelemahan kepada Kementerian Sumber Manusia di negara ini.
Apakah bakat-bakat kita ini kebanyakannya berhijrah ke seberang tambak itu?, Australia ?, New Zealand ?, Taiwan ? dan negara-negara Eropah. Jika masalah ini berlarutan, dibimbangi negara akan mengalami krisis modal insan profesional dan mahir bagi menggerakkan kemajuan negara ini.
' Susu diberi dibalas dengan tuba'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan