' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Rabu, April 27, 2011

RM44.79j bagi Tabika Kemas 2011

Kerajaan memperuntukkan RM44.79 juta bagi bajet pembangunan untuk mengendalikan 8,816 buah Tabika Kemas di seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, daripada jumlah itu, RM15.6 juta adalah peruntukan untuk membina bangunan baru Tabika Kemas manakala RM16.3 juta pula adalah bagi menyediakan peralatannya.

"Sebanyak RM9.7 juta pula diperuntukkan bagi proses membaik pulih bangunan Tabika manakala RM3 juta adalah bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Langkah kerajaan ini dilihat untuk terus memperkasakan pendidikan kepada rakyat di negara ini, menerusi Tabika Kemas inaya bermula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails