' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Rabu, Mac 03, 2010

KEMAS SEKIJANG BERSAMA JABATAN KESIHATAN


CERAMAH DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Dalam memastikan penjagaan kesihatan dikalangan anak-anak tabika, KEMAS Sekijang telah mengambil pendekatan menjemput Jabatan Kesihatan Daerah Segamat untuk membuat pemeriksaan kesihatan anak-anak tabika.

Program ini secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan kepada anak-anak tabika yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun mengetahui bangaimana untuk mengaja kesihatan mereka, khasnya penjagaan diri khasnya gigi.

Program ini di laksanakan secara berkala iaitu setiap 2 bulan sekali.

KEMAS Kawasan Sekijang mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua angotta Jabatan kesihatan Daerah Segamat yang menjayakan program ini.


Satu penerangan di lakukan oleh anggota Jabatan Kesihatan

Pemeriksaan di lakukan kepada setiap anak-anak

Anak-anak kusyuk mendengar penerangan yang di sampaikan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails