' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Jumaat, Januari 29, 2010

AL-FATIHAH BUAT ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI AL MARHUM SULTAN ISMAIL

Majlis Bacaan Yaasiin dan Tahlil
Bismilah hi rohman ni rohim

Yaasiin, Yaasiin, Yaasiin

Demi Al-Quran yang penuh hikmah, Sesungguhnya engkau salah seorang
daripada para Rasul ( Yang berada ) di atas jalan yang lurus
( Agama yang benar)

Yang diturunkan oleh Yang Maha Penyayang. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapa-bapa mereka belum pernah diberi peringatan, kerana itu mereka lalai, Sesungguhnya telah pasti berlaku ketentuan Allah terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak beriman.....

Kakitangan Pejabat KEMAS Sekijang sering mengadakan majlis bacaan Yaasiin pada setiap hari Jumaat, dan pada minggu ini terlalu istimewa sekali kerana berkesempatan mengadakan Majlis Tahlil khas buat Al Marhum Sultan Iskandar Sultan Johor Darul Takzim yang mangkat pada 22 januari 2010 yang lalu.....

" Semoga Al Marhum dicucuri rahmatnya..... di tempatkan disamping orang-orang yang beriman...
amin !!!!




Kami kakitangan KEMAS Sekijang merafak takziah buat KDYMM Sultan Johor dan Kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Almarhun Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail



Majlis Jamuan Selepas Bacaan Yaasiin dan Tahlil di taja oleh
Pn Boniah Bte Isan
En Khairul Lizal, En Alus dan En Khamis beselera sekali makan nasi ambang

Pn Norfaizah dan Pn Istirohah berdua makan dalam satu ambang

Pn Boniah, Pn Rozitah dan Pn Wan makan sampai licin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails