terima kasih diatas sokongan anda semua '
Jumaat, Januari 29, 2010
AL-FATIHAH BUAT ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI AL MARHUM SULTAN ISMAIL
Rabu, Januari 27, 2010
Mesyuarat JKPP KEMAS Sekijang
" Agenda mesyuarat "
1. Taklimat oleh Penyelia kanan KEMAS Sekijang.
2. Perutusan Ketua Pengarah dan Pengarah KEMAS.
3. Taklimat Unit-unit.
4. Hal-hal Lain.
Jumaat, Januari 15, 2010
MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA KEMAS DAERAH SEGAMAT
Agenda mesyuarat:
Khamis, Januari 14, 2010
Kempen Mari Belajar 2 Jam - 3 Jam
" Ibubapa penentu kejayaan anak-anak "
Keluarga yang penyayang, yang membudayakan ilmu pengetahuan dan banyak meluangkan masa untuk bersama anak-anak akan melahirkan anak-anak yang berkualiti.
Matlamat
Matlamat Jangka Pendek
- Melibatkan ibubapa di dalam proses pembelajaran anak-anak.
- Menyediakan masa khas untuk belajar iaitu 2 jam-3 jam di rumah.
Matlamat Jangka Panjang
- Meningkat prestasi pembelajaran anak-anak.
- Meningkat kesedaran ibubapa terhadap pembelajaran anak-anak.
- Merapatkan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibubapa.
- Membendung gejala sosial dikalangan pelajar.
Apa dia?
- Masa yang disediakan oleh ibubapa untuk anak-anak belajar atau memberi tumpuan kepada pembelajaran setiap hari.
- Masa selama 2 jam untuk murid-murid peringkat sekolah rendah.
- Dan masa 3 jam untuk murid-murid peringkat sekolah menengah.
Pengisian 1
Memberi perhatian
- Menghadiri program berkaitan pelajaran anak-anak di sekolah.
- Tahu keupayaan anak-anak di dalam pelajaran.
- menentu dan menyusun masa khas untuk anak-anak belajar.
- Mengetahui tugasan atau kerja rumah anak-anak.
- Peruntukan khas untuk pembelajaran anak-anak.
- Mengikuti pekembangan pembelajaran anak-anak secara berkala.
- Mengadakan perbincangan dengan guru.
Pengisian 2.
Bergaul Mesra
- Mempunyai masa menonton bersama anak-anak.
- Sentiasa bergaul ketika ada kelapangan.
- Bermain bersama anak-anak.
- Menjadi rakan rapat atau sahabat anak-anak.
- Mengenali semua rakan anak-anak.
- Mengambil berat dan mengetahui kegemaran anak-anak.
- Meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga.
Pengisian 3
Memupuk Nilai Murni
- Menjaga pergaulan anak-anak.
- Menasihati anak-anak dengan bercerita kisah tauladan.
- Mengamal dan menunjukan sikap dan adab yang murni.
- Sentiasa menjaga solat dan mengadakan solat berjemaah.
- Sentiasa memuji kelakuan dan perkataan dan nilai-nilai yang baik.
- mendorong anak-anak untuk melakukan perkara yang baik.
Pengisian 4
Memantapkan Sikap Positif
- Membawa anak-anak berkelah dan mengembara.
- Mengadakan muhasabah diri.
- Memberi dorongan dan bimbingan serta kata-kata perangsang.
- Memberi respon yang positif terhadap keputusan dan pencapaian anak-anak dalam semua bidang.
- Mendidik dan menyedarkan anak-anak tentang qadha dan qadar.
- membimbing anak-anak ke arah mempunyai kualiti.
Pengisian 5
Membudayakan Ilmu
- Membudayakan amalan membaca.
- memberi bimbingan yang berkesan terhadap pembelajaran anak-anak.
- Membawa anak-anak mengunjungi pusat-pusat ilmu seperti perpustakaan dan pameran.
- Menyediakan sumber-sumber rujukan yang diperlukan oleh anak-anak.
- Mengadakan dan memperkayakan aktiviti-aktiviti latihan yang memberikan manafaat pada anak-anak.
- Melantik diri sebagai rakan duskusi anak-anak.
- meminta tunjuk ajar guru agar segala masalah dalam pembelajaran dapat diselesaikan atau diungkai.
Isnin, Januari 11, 2010
PENOLONG PENGARAH KEMAS JOHOR MELAWAT SEKIJANG
Kami semua kakitangan KEMAS Kawasan Sekijang mengalu-alukan kehadiran Encik Ab. Rahim Bin Mohd. Saleh ke Daerah Segamat.
" Selamat Datang " ke KEMAS Johor Khasnya KEMAS Kawasan Sekijang.
Semoga hubungan ini akan terus berpanjangan demi mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sedia erat diantara kakitangan dalam KEMAS Johor.
Encik Abd. Rahim Bin Mohd. Saleh sedang memeriksa
sambil diperhatikan oleh Puan Noor Aniza dan Encik Alus
Rabu, Januari 06, 2010
TABIKA KEMAS MASIH RELEVAN
Tabika KEMAS masih lagi mendapat tempat dihati ibubapa di kawasan Sekijang, murid-murid tabika di kawasan Sekijang bertambah untuk tahun 2010. Mempunyai 37 buah kelas Tabika yang memberi ruang dan peluang kepada hampir 700 orang pelajar di kawasan sekitar.
Dengan bimbingan dan tunjuk-ajar seramai daripada 34 orang tenaga pengajar. Guru-guru ini mempunyai cukup pengalaman dan terlatih sementalah saban masa mereka diwajibkan untuk menyertai kursus-kursus yang diperlukan bagi memantapkan lagi ilmu yang sedia ada.
Tidak dapat disangkal lagi Tabika KEMAS masih RELEVAN!!!!!!
Sebahagian bangunan Tabika KEMAS dan suasana murid-murid yang sempat dirakamkan untuk tatapan sekelian.....
Bangunan Tabika KEMAS Kg. Jabi 1, Segamat
Kkanak-kanak sedang melakukan aktiviti