PUTRAJAYA: Demam denggi yang dikaitkan dengan dengan nyamuk aedes yang sudah meragut banyak nyawa boleh dilabelkan virus ‘bijak’ berikutan kehadiran virus itu dalam sistem darah manusia tidak menunjukkan gejala yang sama seperti tujuh tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata mangsa yang menghidap demam denggi akan menunjukkan gejala yang berbeza mengikut keadaan semasa.
“Doktor yang merawat kes berkaitan demam ini perlu meneliti dan memberikan perhatian terhadap gejala yang ditunjukkan pesakit supaya mereka menerima rawatan yang sepatutnya,” katanya pada sidang media mengenai Persidangan Saintifik dan Pameran Antarabangsa Persatuan Pakar Ortodontik Malaysia yang ke 16, di sini, semalam.
Beliau berkata, masyarakat boleh merubah keadaan dengan memperuntukkan 10 minit seminggu bagi membersihkan takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes di rumah mereka.
“Sebenarnya, sikap kita ini (tidak mahu membersihkan kawasan rumah) seakan membenarkan ‘musuh dalam selimut’ itu membiak di dalam rumah dan akhirnya kita yang menjadi mangsa apabila terkena jangkitan demam denggi,” katanya.
Dr Ismail juga menggesa masyarakat lebih peka terhadap persekitaran yang boleh mejadi faktor kepada kemudaratan kehidupan seharian dengan membiarkan nyamuk aedes membiak.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan