' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Rabu, April 14, 2010

HATI-HATI SINDIKET TAWAR CENDERAHATI

Sindiket tawar cenderahati dipasang alat kesan pergerakan mangsa.

KUALA LUMPUR: Berhati-hati jika sesiapa menawarkan cenderahati percuma ketika berhenti mengisi minyak di stesen minyak. Cenderahati itu mungkin untuk menjerat anda.

Ada sindiket dikesan menawarkan cenderahati percuma dalam bentuk rantai kunci atau patung kecil yang dipasang alat pengesan dipercayai digunakan untuk mengesan pergerakan mangsa hingga ke rumah sebelum merompak mereka.

Taktik terbaru sindiket ini terbongkar susulan beberapa kes dilaporkan sebelum ini membabitkan pelanggan stesen minyak dan pusat servis kenderaan.

Sumber memberitahu Berita Harian, siasatan mendapati sindiket itu menggunakan modus operandi menawarkan hadiah percuma, terutama menjelang musim perayaan dan sambutan acara tertentu.

“Biasanya pelanggan tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggapnya sebahagian daripada aktiviti promosi raya. Mangsa tidak tahu langsung alat pengesan disembunyikan dalam hadiah berkenaan.

Difahamkan, berpandukan alat pengesan itulah sindiket mengenal pasti kedudukan mangsa dan tempat tinggal mereka sebelum bertindak melakukan jenayah,” katanya di sini, semalam.

Melihatkan modus operandi mereka, sumber tidak menolak kemungkinan kegiatan itu dirancang rapi dan membabitkan kumpulan besar.

ifahamkan, mereka bukan saja melakukan kegiatan mereka di Lembah Klang, malah di seluruh negara, dipercayai didalangi sindiket sama.

“Kita harap orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat sindiket terbabit. Kerjasama orang ramai amatlah diperlukan dalam siasatan kes ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails