' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Ahad, April 11, 2010

KURSUS PENGHAYATAN RUKUN NEGARA & KONSEP 1 MALAYSIA


Kursus Penghayatan Rukun Negara dan Konsep 1 Malaysia unit Pendidikan Masyarakat KEMAS Sekijang telah diadakan pada 11April 2010 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang bertempat di Balai Raya Kampung Tekam, Segamat.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Baharum Bin Mohamed. Ahli Parlimen Sekijang tepat jam 4.30 petang. Antara lain ucapan beliau bahawa program dan kursus seperti ini amat baik untuk kita hadiri selain kita mendapat ilmu, kita juga akan lebih faham dengan apa yang perlu kita lakukan sebagai rakyat Malaysia keatas Rukun Negara dan konsep 1 Malaysia ini. Apabila kita faham maka kita akan mudah untuk memberikan penjelasan kepada saudara mara kita hata kawan-kawan kita kepada perkara yang benar.

Objektif Program.

Menerapkan jatidiri kepada generasi muda dalam memahami konsep 1 Malaysia disamping penghayatan kepada Rukun Negara selain menerangkan apakah peranan dan tanggungjawap kita sebagai rakyat Malaysia dalam penghayatan Rukun Negara dan konsep 1 Malaysia.

YB. Datuk Hj. Baharum Bin Mohamed
Ahli Parlimen Sekijang meyampaikan sijil kepada peserta
Antara tetamu dan VIP yang hadir
Sebahagian peserta dalam kursus tersebut
Peserta sedang kusyuk mendengar ceramah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails