' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Khamis, Mei 21, 2009

BENGKEL PERHUBUNGAN KEMAS SEKIJANG - 26APR09

Masa : Jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Hotel VIP Segamat


Dirasmikan oleh:

En. Md Mursidi Bin Katong
Penolong Pengarah KEMAS, Negeri Johor



TUJUAN.

Bengkel Penyelarasan Gerak Kerja Dan GSPS Peringkat Parlimen Sekijang. Bengkel tersebut dilaksanakan bagi memberikan penerangan dan menyebarkan maklumat di kalangan Pemaju Masyarakat akan isu-isu terkini dan dasar-dasar Kerajaan dapat disalurkan kepada masyarakat.

OBJEKTIF.

Platform untuk memberikan kesedaran dan pemahaman kepada Penyelia-Penyelia dan Pemaju Masyarakat tentang gerak kerja GSPS.


Mengeratkan serta mengukuhkan jalinan kerjasama agar gerak kerja dapat dilaksanakan dengan berjaya.


Memberikan motivasi dan garis panduan cara bagaimana program dapat dijalankan.


Memberikan penekankan kepada Pemaju Masyarakat supaya masyarakat dapat bersama setiap program yang di jalankan dengan bersandarkan GSPS.


GOLONGAN SASAR

Penyelia – Penyelia Perbagai Jurusan Parlimen Sekijang.
Pemaju – Pemaju Masyarakat Parlimen Sekijang.

--::--


Cik. Farahnaja Bte Halimin, Penyelia Perhubungan KEMAS Negeri
sedang memberikan slot ceramahnya


Perserta bengkel terdiri daripada Pemaju Masyarakat KEMAS Sekijang



Perserta bengkel sedang diuji dalam sesi ujian kecekapan



Slot ceramah Motivasi oleh En. Abd Latip Bin Md Said,
Penyelia Kanan KEMAS Kluang



Pn. Noor Aniza Bte Sarijan Pegawai KEMAS Daerah merasmikan program


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails