' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Jumaat, Mac 12, 2010

Garis Panduan Anugerah Desa Cemerlang


GARIS PANDUAN
ANUGERAH DESA CEMERLANG





1. PENYATAAN DASAR

1. Jemaah menteri dalam mesyuaratnya pada 14 Ogos 1986 telah memutuskan supaya pertandingan rumah-rumah kampung dan pertandingan kampung-kampung diadakan secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

2. Tujuan program ini ialah untuk mempertingkatkan kesedaran dan amalan menjaga kesihatan serta kebersihan persekitaran serta membentuk kampung-kampung yang bersatu-padu, indah dan tersusun menerusi aktiviti pertandingan ini.

3. Berdasarkan keputusan di atas, Program Keindahan Kampung (PKK) telah diwujudkan dan aktiviti Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung (PKKK) dilaksanakan mulai tahun 1987 secara dwi tahunan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri dan jabatan/agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

2. LATAR BELAKANG

1. Mulai tahun 2000 (RMKe-8), aktiviti dan skop pertandingan ini telah disemak semula, disesuaikan dengan keperluan semasa dan perluasan. Perubahan juga dilakukan ke atas nama aktiviti kepada Pertandingan Desa Cemerlang (PDC) supaya dapat menonjolkan aspek-aspek yang berkaitan dengan pembangunan manusia

2. Bermula pada tahun 2005; PDC diletakkan sebagai satu daripada aktiviti utama Gerakan Daya Wawasan; di samping beberapa penambahbaikan telah dilakukan bagi memastikan kemajuan yang dicapai oleh setiap kampung adalah selaras dengan pembentukan desa berkualiti yang bercirikan Wawasan 2020. Sekali gus, aktiviti ini sekali lagi diberi nama baru, iaitu Anugerah Desa Cemerlang (ADC).

3. OBJEKTIF
3.1 Menilai prestasi dan pencapaian kampung ke arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang bersesuaian dengan matlamat negara maju.

3.2. Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada kepimpinan kampung bagi melahirkan kampung yang mapan dan dinamik.

3.3. Memberi pengikhtirafan dan galakan kepada kepimpinan kampung atas kejayaan yang dicapai dan seterusnya melonjakkan lagi kecemerlangan pada masa akan datang.

3.4 Menjadi ‘role model’ atau ‘mentor’ kepada kampung-kampung lain dalam usaha pengupayaan kepimpinan sosial dan ekonomi kampung.

4. MEKANISME PELAKSANAAN

4.1 Kelayakan / Penyertaan

4.1.1 Kampung yang layak menyertai pertandingan ini ialah:-

i Kampung-kampung tradisional yang BerJKKK;

ii. Kampung-kampung bukan tradisional di bawah penempatan semula/pembangunan wilayah yang telah mempunyai JKKK.

4.1.2 Kampung bukan tradisional di bawah penempatan semula/ pembangunan wilayah seperti FELDA dan belum memiliki struktur JKKK adalah TIDAK LAYAK menyertai pertandingan ini.

4.1.3 Kampung-kampung yang berjaya menjadi Johan ADC Negeri (2005-2008) TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan selama dua (2) kali pertandingan (4 tahun berturut-turut). Selepas tempoh tersebut, maka kampung-kampung berkenaan dibolehkan untuk menyertai semula ADC.

4.1.4 Rumah Panjang di negeri Sarawak mesti mempunyai sekurang-kurangnya 50 buah pintu dan keatas layak menyertai pertandingan ini.

4.2 Hebahan Pemilihan

4.2.1. Pemilihan ADC Peringkat Daerah dan Negeri akan dihebahkan menerusi Pejabat Daerah dan Jabatan/Agensi KKLW

4.3 Permohonan / Saringan

4.3.1 Kampung yang berminat boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui mana-mana Pejabat Daerah / Pejabat KEMAS / Agensi KKLW. Contoh borang permohonan adalah sepertimana di LAMPIRAN A.

4.3.2 Borang yang lengkap berserta lapan (8) profil kampung (mengikut format KKLW) hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Daerah untuk proses saringan.

4.3.3 Sebuah panel tujuh (7) anggota yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah akan menyaring kelayakan kampung-kampung yang berminat menyertai ADC. Pegawai KEMAS Daerah adalah selaku urus setia. Baki lima (5) ahli panel ditentukan Pengerusi panel.

4.3.4 Panel ini berperanan untuk memilih kampung yang mendapat markah tertinggi di mukim masing-masing. Keputusan peringkat saringan adalah muktamad dan hendaklah dimaklumkan kepada Jawatankuasa ADC Peringkat Daerah.

4.3.5 Penilaian hendaklah ditumpukan kepada prinsip-prinsip utama Gerakan Daya Wawasan berasaskan tujuh (7) aspek penghakiman ADC.

4.3.6 Keputusan saringan hendaklah dimaklumkan secara bertulis oleh KEMAS Daerah kepada semua kampung yang memohon menyertai pertandingan ini.

4.3.7 Suatu taklimat khas mengenai tatacara pelaksanaan serta jadual tarikh penilaian hakim; akan diadakan dengan kampung-kampung terpilih. Taklimat akan diberikan oleh KEMAS Daerah.

4.4 Takwim Pelaksanaan

4.4.1. Peringkat Mukim, Daerah dan Negeri

a. Proses saringan perwakilan Peringkat Mukim dan penghakiman Peringkat Daerah hendaklah dilaksanakan dalam tempoh empat (4) bulan iaitu bulan Mei hingga Ogos.

b. Proses penghakiman Peringkat Negeri hendaklah dilaksanakan dalam tempoh dua (2) bulan iaitu bulan September dan Oktober

c. Kampung yang diisytiharkan sebagai pemenang peringkat daerah dan negeri akan diraikan pada suatu majlis penyampaian hadiah peringkat negeri pada tahun yang sama iaitu diantara bulan November dan pertengahan Disember.

4.4.2. Peringkat Kebangsaan

a. Pada tahun berikutnya; 14 kampung yang menjadi pemenang di Peringkat Negeri; akan bertanding di Peringkat Kebangsaan.

b. Surat perlantikan, jadual pergerakan dan taklimat kepada panel hakim hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga (3) bulan, antara bulan Januari - Mac.

c. Proses penghakiman dan persiapan majlis penyampaian hadiah hendaklah dilaksanakan selama (4) bulan, iaitu antara bulan April - Julai.

d. Kampung yang diisytiharkan sebagai pemenang peringkat kebangsaan akan diraikan pada suatu majlis penyampaian hadiah peringkat kebangsaan pada tahun yang sama.

e. Hadiah Projek Ekonomi/Pembangunan bagi pemenang pertama hingga keempat hendaklah disempurnakan pada tahun yang sama dengan menggunakan peruntukan tahun semasa.

5. PENUBUHAN JAWATANKUASA ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) PERINGKAT KEBANGSAAN, NEGERI dan DAERAH

Tiga (3) Jawatankuasa ADC Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah akan ditubuhkan dengan tujuan untuk memastikan segala perancangan yang berkaitan dengan hal-ehwal logistik/mobilisasi panel hakim dan persiapan/persediaan majlis penyampaian hadiah dilaksanakan secara teliti dan sistematik, iaitu :-

5.1. Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan
Diurus tadbir Jawatankuasa ADC Peringkat Kebangsaan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, KEMAS dan Bahagian Pembangunan Desa selaku urus setia. Ahli-ahli akan ditentukan oleh Pengerusi.

5.2. Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri
Diurus tadbir Jawatankuasa ADC Peringkat Negeri. Keahlian tetap jawatankuasa ini adalah sepertimana berikut :

a. Negeri-negeri di Semenanjung
Penasihat - EXCO Pembangunan Luar
Bandar
Pengerusi - Setiausaha Kerajaan Negeri
(atau Pengarah PPN Negeri)
Urus setia - KEMAS Negeri
Ahli Tetap - Pejabat Daerah


b. Negeri Sabah
Penasihat - Menteri KPLB Sabah
Pengerusi - Setiausaha Tetap KPLB Sabah
(atau Pengarah JPP Sabah)
Urus setia - KEMAS Negeri
Ahli Tetap - Pejabat Daerah

c. Negeri Sarawak
Penasihat - Menteri KPLB Sarawak
Pengerusi - Setiausaha Tetap KPLB
Sarawak
(atau Pengarah JPN Sarawak)
Urus setia - KEMAS Negeri
Ahli Tetap - Pejabat Residen


d. Negeri Kelantan
Penasihat - Pengerusi KESEDAR
Pengerusi - Pengarah JPP Negeri Kelantan
Urus setia - KEMAS Negeri
Ahli Tetap - Pegawai Pembangunan Jajahan
Wakil Agensi KKLW

e. WP Labuan
Penasihat - Menteri Wilayah Persekutuan
Pengerusi - Perbadanan WP Labuan
Urus setia - KEMAS Wilayah Persekutuan



f. Negeri Kedah
Penasihat - Pengerusi KEDA
Pengerusi - Pengarah PPN Negeri Kedah
Urus Setia - KEMAS Negeri
Ahli Tetap - Pejabat Pembangunan Negeri
(Cawangan/zon)

g. Negeri Pulau Pinang
Penasihat - Pengerusi PERDA
Pengerusi - Pengarah PPN Negeri Pulau
Pinang
Urus Setia - KEMAS Negeri
Ahli Tetap - Pejabat Pembangunan Negeri
(Cawangan / Zon)

h. Negeri Selangor
Penasihat - -
Pengerusi - Pengarah PPN Negeri Selangor
Urus Setia - KENAS Negeri
Ahli Tetap - Pejabat Pembangunan Negeri
(Cawangan / Zon)

NOTA : Lain-lain ahli akan ditentukan Pengerusi

5.3. Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah
Diurus tadbir Jawatankuasa ADC Peringkat Daerah. Keahlian tetap jawatankuasa ini adalah sepertimana berikut :

a. Daerah-daerah Semenanjung/Sabah
Pengerusi - Pegawai Daerah
Urus setia - Pegawai KEMAS Daerah
Ahli Tetap - Wakil Agensi KKLW

b. Bahagian - Bahagian Sarawak
Pengerusi - Residen
Urus setia - Pegawai KEMAS Daerah
Ahli Tetap - Wakil Agensi KKLW

c. Jajahan Kelantan
Pengerusi - Pegawai Pembangunan Jajahan
Urus setia - Pegawai KEMAS Daerah
Ahli Tetap - Wakil Agensi KKLW

d. Daerah-daerah Negeri Pulau Pinang, Kedah dan selangor
Pengerusi - Pegawai Pejabat Pembangunan negeri (Cawangan / Zon)
Urus setia - Pegawai KEMAS Daerah
Ahli Tetap - Wakil Agensi KKLW

NOTA : Lain-lain ahli akan ditentukan Pengerusi

6. SISTEM PENGHAKIMAN

6.1. Tujuh (7) aspek yang akan dinilai oleh panel hakim adalah sepertimana di LAMPIRAN B. Manakala, pembahagian markah mengikut aspek yang dinilai adalah sepertimana di LAMPIRAN C. Panel hakim mengikut peringkat-peringkat sepertimana berikut:-

a. Penghakiman Peringkat Kebangsaan
Ketua Panel Hakim ialah Pegawai Kanan, KKLW. Urus setia ialah KEMAS Ibu Pejabat. Lain-lain ahli panel hakim adalah seperti di Lampiran D.

b. Penghakiman Peringkat Negeri
Ketua Panel Hakim dipilih oleh Pengerusi Jawatankuasa Adc Peringkat Negeri. Urus setia ialah KEMAS Negeri. Lain-lain ahli panel hakim seperti di Lampiran D.

c. Penghakiman Peringkat Daerah
Ketua Panel Hakim dipilih oleh Pengerusi Jawatankuasa ADC Peringkat Daerah. Urus setia ialah KEMAS Daerah. Lain-lain ahli panel hakim adalah seperti di Lampiran D.

6.2. Jika julat perbezaan markah adalah kurang daripada (1) markah, maka panel hakim hendaklah menentukan kedudukan kampung berdasarkan kampung yang mendapat markah tertinggi dalam Aspek Ekonomi (Sumber Kekayaan Baru Desa)

7. ASPEK SUMBER KEKAYAAN BARU DESA

7.1. YAB Perdana Menteri semasa Majlis ADC Kebangsaan di Kg Bayangan, Keningau, Sabah pada 12 Disember 2004, telah mencadangkan supaya penilaian turut dilakukan terhadap kemampuan penduduk menggunakan kebolehan, kepandaian, kemahiran, kreativiti dan inovasi untuk :

a. mencipta suatu produk unik/baru yang tiada dalam pasaran serta memiliki potensi komersil yang tinggi;

b. mencipta suatu kaedah/teknik, teknologi/peralatan atau penyelidikan/ petua yang dapat meningkatkan produktiviti, kualiti/daya saing produk; dan

c. memanfaatkan hasil penyelidikan saintifik/kajian tempatan untuk memberi nilai kompetitif terhadap produk sedia ada.

7.2. Sehubungan itu, panel hakim aspek ini di peringkat daerah telah ditugaskan untuk menyediakan laporan terperinci mengenai penemuan-penemuan mereka di peringkat akar umbi. Laporan ini akan ditimbang oleh sebuah jawatankuasa khas di bawah Projek Ekonomi Baru Desa.

8. NILAI HADIAH & KAEDAH PEMBIAYAAN

8.1. Hadiah disediakan dalam bentuk wang tunai. Nilai dan kadar hadiah projek ADC mengikut peringkat pertandingan adalah seperti berikut:-

ADC Peringkat Daerah
Tahap Pencapaian Hadiah Wang Tunai Jumlah RM)
Pertama 4,000.00 4,000.00
Ke Dua 3,000.00 3,000.00
Ke Tiga 2,000.00 2,000.00
JUMLAH 9,000.00 9,000.00


ADC Peringkat Negeri
Tahap Pencapaian Hadiah Wang Tunai Jumlah (RM)
Pertama 10,000.00 10,000.00
Ke Dua 8,000.00 8,000.00
Ke Tiga 6,000.00 6,000.00
JUMLAH 24,000.00 24,000.00
• Program Pembangunan Komuniti (ganti Pengupayaan GDW)

ADC Peringkat KebangsaanTahap
Pencapaian Hadiah Wang Tunai Hadiah Projek Ekonomi Jumlah (RM)
Johan 25,000 200,000 225,000
Naib Johan 20,000 150,000 170,000
Ke Tiga 15,000 100,000 115,000

8.2. Sijil penyertaan diberikan kepada semua kampung yang menyertai aktiviti ini di peringkat ADC Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

8.3. Laporan penghakiman (format di Lampiran E) disediakan sebagai panduan kepada setiap kampung yang telah menyertai aktiviti ini; menilai tahap pencapaian sedia ada serta merancang pembangunan kampung di masa hadapan.
8.4. Kerajaan-kerajaan Negeri adalah digalakkan untuk mendapatkan tajaan daripada syarikat kerajaan negeri untuk membiayai hadiah-hadiah iringan kepada kampung bagi memeriahkan majlis.

9. KAEDAH TUNTUTAN HADIAH KEMENANGAN

9.1. Hadiah Wang Tunai untuk pemenang Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan hendaklah diserahkan dalam bentuk cek kepada kampung-kampung terbabit pada hari majlis penyampaian hadiah.

9.2. Hadiah Projek Pembangunan/Ekonomi bagi pemenang Peringkat Kebangsaan hendaklah disempurnakan pada tahun yang berikutnya. Kaedah pelaksanaan adalah mengikut garis panduan Projek Kecil Ekonomi Kampung (PKEK).


10. PANDUAN UMUM PENGANJURAN MAJLIS PENYAMPAIAN
HADIAH PERINGKAT DAERAH/NEGERI

10.1. Hadiah ADC peringkat daerah dan negeri hendaklah disampaikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah ADC Peringkat Negeri. Intipati utama ucapan hendaklah berkisar mengenai Gerakan Daya Wawasan. Majlis ini hendaklah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar atau YAB Ketua Menteri. Manakala, YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (atau wakil) hendaklah dijemput bagi mewakili KKLW.

10.2. Majlis Penyampaian Hadiah ADC Peringkat Kebangsaan hendaklah diadakan di mana-mana kampung yang dipersetujui YB Menteri KKLW. Majlis ini hendaklah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. Manakala, YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan YAB Menteri Besar / YAB Ketua Menteri (hos tuan rumah) adalah turut dijemput.


11. LAPORAN KEPUTUSAN BAGI TUJUAN PENYEDIAAN
DOKUMENTASI / PENYELIDIKAN / MAKLUM BALAS

11.1. KEMAS Daerah selaku Urus Setia Ahli Panel Hakim ADC Peringkat Daerah adalah dikehendaki untuk mengemukakan laporan terperinci penghakiman aspek Sumber Kekayaan Baru Desa kepada KEMAS Ibu Pejabat, dengan disertakan bersama foto. Sila rujuk LAMPIRAN F.

11.2. KEMAS Daerah dan KEMAS Negeri adalah dikehendaki mengemukakan keputusan panel hakim mengikut format sepertimana di LAMPIRAN E kepada KEMAS Ibu Pejabat.

12. PENUTUP
Dengan berkuat kuasanya Garis Panduan ini, Garis Panduan Pelaksanaan Pertandingan Desa Cemerlang (PDC) Tahun 2001 adalah dibatalkan.



April 2009
Bahagian Pembangunan Desa
Jabatan Kemajuan Masyarakat
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

LAMPIRAN A

BORANG PENYERTAAN
ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) TAHUN ______


Nama Kampung :
Mukim/ Daerah (Kelantan shj) :
Daerah / Jajahan / Bahagian :
DUN :
Parlimen :
Alamat Kampung :



Tel :
Faks :

Nota : Sila kepilkan Buku Profil Kampung mengikut format yang ditetapkan KKLW



Dengan ini diakui dengan sebenarnya bahawa semua maklumat di atas adalah benar.



_______________________________
(Tandatangan JKKK)
Nama
No. KP
Jwtn





Diterima oleh Pejabat Daerah :
________________________________
(Tandatangan Pejabat Daerah)

Nama
Tarikh
Cop




Di Sokong Oleh :
_______________________________
(Tandatangan Pemimpin Tempatan)

Nama
Tarikh
Cop


LAMPIRAN B

ASPEK 1 - Kepimpinan.
a. Aspek ini menilai perkara-perkara yang berhubung kait dengan tahap kepimpinan dan kegiatan institusi kemasyarakatan yang terdapat di kampung berkenaan. Aspek ini meliputi peranan dan tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Institusi dan Pertubuhan dalam menggerakkan dan mewujudkan keutuhan sesebuah kampung.

b. Penilaian dibuat dari segi peranan, sumbangan, tanggungjawab dan kebolehan JKKK/Institusi/Pertubuhan itu dalam mengatur, mengurus dan mengendalikan institusi mereka secara cekap dan berkesan.

c. Ini termasuk keupayaan mengubah minda serta sikap yang positif di kalangan penduduk, penyediaan pelan tindakan kampung yang merangkumi penyediaan jadual aktiviti mingguan, bulanan dan tahunan, data-data/maklumat, pelan, peta, carta-carta, kebolehan menjalin hubungan (networking) dengan Jabatan-jabatan dan Agensi Kerajaan/Swasta bagi memajukan kampung, kebolehan mengurangkan atau menangani masalah-masalah sosial di kampung seperti budaya lepak, penyalahgunaan najis dadah dan lain-lain serta usaha-usaha yang boleh menarik minat penduduk melibatkan diri dalam apa jua aktiviti di peringkat kampung.


ASPEK 2 - Pendidikan
a. Aspek ini dinilai dari segi tahap pendidikan non-formal dan formal penduduk dari peringkat pra-sekolah, sekolah rendah/menengah dan pengajian tinggi. Tumpuan diberi kepada usaha-usaha mempertingkatkan pencapaian pendidikan melalui kelas-kelas bimbingan, perpustakaan desa, pusat sumber, kelas komputer dan lain-lain di peringkat kampung.

b. Aspek ini juga mengambil kira bilangan penduduk yang mendapat latihan kemahiran melalui Agensi Kerajaan/Swasta, minat dan penglibatan penduduk dalam bidang-bidang teknikal dan berteknologi dengan mewujudkan pusat-pusat perkhidmatan sama ada secara individu atau berkumpulan.

c. Aspek ini dapat mengukur sejauh mana sumbangan penduduk yang menerima pendidikan dan latihan kemahiran memanfaatkan ilmu dan kemahiran mereka untuk faedah seluruh kampung.


ASPEK 3 - Ekonomi
i. Pertanian dan Penternakan
a. Aspek ini menilai usaha-usaha serta kemajuan sektor pertanian (termasuk ternakan haiwan/air) dan sumbangannya terhadap perkembangan ekonomi penduduk kampung tersebut. Ciri-ciri yang dinilai meliputi usaha-usaha pertanian secara berkelompok, pemulihan tanah terbiar, sistem pemeliharaan ternakan, penyenggaraan kebersihan kandang/kolam, pengembangan serta kadar penerimaan dan penggunaan teknologi.

b. Penekanan juga diberi kepada usaha-usaha pertanian (termasuk ternakan haiwan/air) secara komersial, kaedah-kaedah pengurusan, serta mempertingkatkan hasil dan pemasaran.

ii. Perniagaan, Perindustrian dan Pelancongan
a. Aspek ini menilai kepada sejauh mana penglibatan penduduk dalam projek-projek ekonomi selain dari sektor pertanian meliputi perniagaan, industri desa, sektor perkhidmatan, pelancongan, pelaburan/kewangan dan seumpamanya.

b. Ini termasuklah usaha-usaha mempelbagaikan asas ekonomi yang boleh mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk seperti industri pemprosesan dan pembuatan, sektor perkhidmatan, industri pelancongan dan perniagaan.

c. Penilaian juga dibuat kepada keupayaan menghasilkan projek-projek yang boleh dijadikan model kepada kampung-kampung lain, keupayaan menerima dan menggunakan kemahiran/kepakaran serta teknologi baru dan usaha-usaha yang boleh menyumbang ke arah perwujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB).

iii. Sumber Kekayaan Baru Desa
a. Aspek ini menilai kemampuan penduduk setempat (individu) menggunakan kebolehan, kepandaian, kemahiran, kreativiti dan inovasi untuk :

- mencipta suatu produk unik/baru yang tiada dalam pasaran serta memiliki potensi komersil yang tinggi;

- mencipta suatu kaedah/teknik teknologi/peralatan atau penyelidikan/ warisan petua yang dapat meningkatkan produktiviti, kualiti atau daya saing sesuatu produk; dan

- memanfaatkan hasil penyelidikan saintifik atau kajian tempatan untuk memberi nilai kompetitif terhadap produk sedia ada.

b. Skop item ialah kraf tangan, makanan, fabrik, kecantikan, herba baru dan sebagainya. Aspek ini menilai daya penduduk secara individu menerbitkan idea, penggunaan bahan-bahan yang mudah digunakan, cara-cara pembuatan yang tidak kompleks, teknologi murah yang digunakan, penggunaan petua, memanfaatkan hasil penyelidikan tempatan, kepelbagaian jenis ciptaan, perbandingan kuantiti dihasilkan (sebelum/selepas), perbandingan masa pembuatan satu (1) unit (sebelum/selepas), perbandingan kos pembuatan satu (1) unit (sebelum/selepas), harga jualan satu (1) unit, pendapatan purata (bulanan) dan sambutan/testimoni pelanggan.


ASPEK 4 - Kebersihan dan Kesihatan
a. Aspek ini menilai sejauh mana ciri-ciri kebersihan dan kesihatan dapat diterap dan diamalkan oleh masyarakat kampung. Ini termasuklah sistem pembuangan sampah, bekalan air bersih, pelupusan najis dan air limbah, sisa-sisa pepejal, kebersihan persekitaran termasuk di tempat-tempat awam, penjagaan kawasan dan halaman rumah serta penggunaan ruang-ruang dalam rumah.

b. Aspek ini memberi gambaran mengenai kesedaran dan amalan penduduk dalam mengutamakan kebersihan dan kesihatan keluarga yang boleh melahirkan masyarakat yang sihat, berdisiplin dan mempunyai kualiti hidup yang lebih sempurna dan boleh menarik minat pelancong.


ASPEK 5 - Keceriaan dan Keindahan
a. Aspek ini menilai keceriaan dan keindahan kampung serta kreativiti dan inovasi penduduk.

b. Aspek ini menilai sejauh mana ciri-ciri keindahan dan keceriaan dapat diterap dan diamalkan oleh masyarakat kampung. Ini meliputi susun atur pokok-pokok hiasan, keindahan halaman serta persekitaran kampung keseluruhannya.

c. Aspek ini memberi gambaran mengenai kesedaran penduduk untuk mengutamakan cara hidup yang indah dan ceria, pengindahan dan penjagaan alam sekitar dan peningkatan kualiti hidup.

d. Aspek ini juga melihat daya inisiatif dalam meningkatkan imej kampung melalui aktiviti seperti pembinaan pintu gerbang, mercu tanda/arca, tanda-tanda arah/lorong/jalan, persimpangan, taman mini/rekreasi, pengolahan dan penggunaan semula bahan-bahan buangan dan seumpamanya.

e. Aspek ini juga menilai tahap penglibatan dan penyertaan masyarakat kampung dalam amalan gotong-royong/kerja amal, aktiviti sukan dan rekreasi, kebudayaan dan kesenian pada peringkat kanak-kanak, belia, golongan dewasa dan kaum ibu serta tahap pencapaian dalam aktiviti-aktiviti tersebut sama ada di Peringkat Daerah, Negeri atau Kebangsaan.

ASPEK 6 - Kerohanian dan Sivik
a. Aspek ini menekankan kepada kegiatan dan amalan keagamaan/kerohanian dan sivik yang terdapat di kalangan masyarakat kampung. Tumpuan diberikan kepada kekerapan dan kesan aktiviti kepada penduduk meliputi kursus-kursus / kelas bimbingan agama, kursus keibubapaan/keluarga bahagia, ceramah-ceramah mengenai ketatanegaraan, penyalahgunaan najis dadah, penyakit AIDS, bina diri (Kendiri), kempen-kempen kesedaran dan sebagainya.

b. Kegiatan melalui aktiviti ini serta kurangnya kadar gejala sosial negatif, vandalisme dan tahap disiplin masyarakat dapat mengukur sejauh mana usaha-usaha yang dibuat ke arah membentuk satu masyarakat kampung yang berdisiplin, prihatin, berdaya tahan, beretika, berhemah dan bermoral tinggi.


ASPEK 7 - Teknologi Maklumat & Komunikasi
a. Aspek ini dinilai dari segi keupayaan ahli masyarakat khususnya dalam penguasaan dan menggunakan teknologi maklumat di dalam pentadbiran pengurusan dan aktiviti kehidupan masing-masing. Ini termasuklah, kebolehan organisasi dan kepimpinan masyarakat dalam mendapatkan maklumat-maklumat terkini yang berfaedah kepada penduduk kampung melalui ‘Internet’ dan pelbagai media teknologi maklumat.

b. Selain itu, bilangan penduduk kampung yang memiliki dan berkebolehan menggunakan komputer, mereka cipta laman-web, perwujudan pusat/kelas komputer dan sebagainya adalah merupakan komponen utama yang dipertimbangkan dalam aspek ini.


LAMPIRAN C


Skema Pemarkahan Pemilihan Anugerah Desa Cemerlang
Bil. Aspek Penilaian Markah Penuh %Markah Keseluruhan
1. Kepimpinan 100 25 %
2. Pendidikan 100 20 %
3. Ekonomi 100 15 %
4. Kebersihan dan kesihatan 100 10 %
5. Keceriaan dan keindahan 100 10 %
6. Kerohanian dan sivik 100 10 %
7. Teknologi maklumat 100 10 %

Lampiran D

KEANGGOTAAN PANEL HAKIM
ANUGERAH DESA CEMERLANG

Bil. Aspek Penilaian Peringkat Daerah
1 Kepimpinan - Agensi KKLW
2 Pendidikan - Pej. Pelajaran Daerah
3 Ekonomi - Pej. MARA Daerah
- Agensi KKLW ( RISDA )
4 Kebersihan dan Kesihatan - Pej. Kesihatan Daerah
5 Keceriaan dan Keindahan - Majlis Daerah/ Perbandaran
6 Kerohanian dan Sivik - Pejabat Agama Daerah
7 Teknologi Maklumat - Pejabat Daerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails