' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Isnin, Januari 11, 2010

PENOLONG PENGARAH KEMAS JOHOR MELAWAT SEKIJANG

Encik Ab. Rahim Bin Mohd. Saleh Penolong Pengarah Operasi KEMAS Johor telah membuat lawatan kerjanya ke Daerah Segamat dan berkempatan untuk melawat ke Taska Permata KEMAS Kawasan Sekijang pada 11Januari 2010.
Kami semua kakitangan KEMAS Kawasan Sekijang mengalu-alukan kehadiran Encik Ab. Rahim Bin Mohd. Saleh ke Daerah Segamat.
" Selamat Datang " ke KEMAS Johor Khasnya KEMAS Kawasan Sekijang.
Semoga hubungan ini akan terus berpanjangan demi mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sedia erat diantara kakitangan dalam KEMAS Johor.


Taska Permata KEMAS Sekijang berada di Jalan Genuang KM 4 Segamat

Encik Ab. Rahim Bin Mohd. Saleh. Penolong Pengarah Operasi KEMAS Johor
sedang menandatangani buku lawatan

Sebuah wakaf yang cantik dan sempurna pembinaanya
kata " Encik Ab. Rahim Bin Mohd Saleh " dan mendapat sokongan
Puan Noor Aniza Binti Sarijan Pegawai KEMAS Daerah Segamat

Encik Ab. Rahim Bin Mohd. Saleh memeriksa anak tangga wakaf
bagi memastikan anak-anak taska selamat sambil diperhatikan
oleh Puan Noor Aniza dan Encik Alus

Encik Ab. Rahim Bin Mohd. Saleh dan Encik Alus Bin Kassim

Encik Abd. Rahim Bin Mohd. Saleh sedang memeriksa
" Climbing Wall "
sambil diperhatikan oleh Puan Noor Aniza dan Encik Alus

Encik Alus Bin Kassim Penyelia Kanan KEMAS Sekijang
memberikan taklimat kepada Encik Abd. Rahim Bin Mohd. Saleh
Penolong Pengarah Operasi KEMAS Johor

Encik Ab. Rahim Bin Mohd. Saleh bersama-sama Puan Noor Aniza
dan Encik Alus memeriksa kolam renang yang telah siap pembinaanya

Puan Noor Aniza sedang diberikan penerangan oleh
Puan Salmah Binti Mohamad
salah seorang guru yang bertugas di Taska Permata KEMAS

Sebuah jambatan gantung juga dibina di Taska Permata ini bagi salah satu
modul latihan kepada anak-anak di taska ini

Encik Ab. Rahim Bin Mohd. Saleh dan Encik Alus Bin Kassim
memgambil kesempatan untuk beramah mesra bersama anak-anak

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails