' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Jumaat, Januari 15, 2010

MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA KEMAS DAERAH SEGAMAT


Tarikh : 15 Januari 2010
Masa : Jam 9.00 pagi
Tempat : Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Sekijang

Agenda mesyuarat:

" Majlis Perjumpaan Anggota KEMAS Negeri Johor Bersama Yang Berbahagia Dato' Abdul Puhat Bin Mat Nayan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah "


Majlis tersebut akan berlangsung pada 21 hb. Januari 2010, jam 2.30 petang bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.

Di kesempatan ini kami semua warga KEMAS Daerah Segamat mengucapkan terima kasih kepada Pengarah KEMAS Negeri Johor kerana memberi kepercayaan kepada KEMAS Daerah Segamat untuk menjadi tuan rumah bagi menjayakan majlis tersebut.

Kami juga mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Abdul Puhat Bin Mat Nayan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) Kementerian Kemanjuan Luar Bandar dan Wilayah ke Daerah Segamat.

Kami juga mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Encik Azeman Bin Md. Yusof Pengarah Jabatan kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) Negeri Johor, Penolong-Penolong Pengarah KEMAS Negeri Johor, Pegawai KEMAS Daerah Negeri Johor, Penyelia Kanan KEMAS Negeri Johor, Penyelia Pelbagai Jurusan KEMAS Negeri Johor dan Semua Pemaju Masyarakat KEMAS, Segamat, Sekijang, Labis, ledang, Muar, Pagoh dan Bakri ke majlis yang akan di adakan pada 21 Januari 2010 ( Khamis ) jam 2.30 petang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.

" Di doakan semuga semuanya sihat walafiat dan selamat sampai ke majlis tersebut kelak " -amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails