' Selamat melayari blog KEMAS Sekijang, Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda semua tentang KEMAS kawasan Sekijang dan akan dapat melihat sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS Sekijang untuk pengetahuan masyarakat Sekijang,

terima kasih diatas sokongan anda semua '

Jumaat, April 23, 2010

PROGRAM PROJEK KECERIAN KAMPUNG GDW KG. MELAYU RAYA

Majlis Perasmian Program Projek Kecerian Kampung KEMAS Kawasan Sekijang telah laksanakan pada 17 April 2010 Jam 3.00 petang di Dewan Terbuka Kg. Melayu Raya, Segamat. Program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Bin Bakarim, Pembantu Khas YB. Ahli Parlimen Sekijang.

Program tersebut antara lain bertujuan untuk menceriakan lagi keindahan di persekitaran Kg. Melayu Raya, Segamat. Pemilihan program di Kg. Melayu Raya adalah sebagai hadiah galakan daripada KEMAS Daerah Segamat kepada GDW Kg. Melayu Raya, Segamat yang menjadi Johan Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang ( ADC) 2009 Peringkat Daerah Segamat dan menjadi Naib Johan pada Peringkat Negeri Johor.


Dari kiri En. Alus kassim, Hj. Idris Md Yunos,
En. Ahamad Bakarim, Pn. Noor Aniza Sarijan
dan En. khamis Ngadiman serta penduduk yang hadir

 En. Ahmad Bin Bakarim merasmikan majlis

  Hj. Idris Bin Md. Yunos Pengerusi GDW dan
Pn. Noor Aniza Bt. Sarijan memberikan ucapan

Simbolik perasmian program Pn. Noor Aniza Sarijan
dan En. Ahmad Bakarim menanam pokok bunga

Aktiviti juga dilaksanakan oleh para penduduk dan turut disertai oleh
En. Mohamad Helmi Yahya Penolong Pegawai daerah Segamat 

Beraneka jenis pokok bunga untuk tujuan projek tersebut

Kerjasama semua penduduk telah menjayakan program tersebut dan
didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.



Rabu, April 21, 2010

PROGRAM MESRA RAKYAT DI FELCRA SEKIJANG

Program Mesra Rakyat di Felcra Sekijang, Segamat telah dilaksanakan pada 17 April 2010 bermula jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang di Padang Felcra Sekijang, Segamat.Program ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Bin Bakarim, Pembantu Khas Ahli Parlimen Sekijang.

Program ini di anjurkan oleh Unit Pembangunan Desa KEMAS Kawasan Sekijang. Antara lain objektif program ini diadakan di kawasan ini untuk merapatkan hubungan antara masyarakat setempat disamping menyampaikan maklumat kepada penduduk peranan dan tanggungjawap sebagai ahli masyarakat. Sentiasa bersatu padu dan berkerjasama dalam apa jua aktiviti yang dilakukan di kawasan.


Pn. Noor Aniza Bt Sarijan PKD Segamat
menyampaikan ucapan

Senaman poco-poco,

Pertandingan masakan dan gubahan

Pertandingan baling buah pinang dalam baldi
dan bowling buah kelapa

Program ini turut diambil peluang oleh Unit Pendidikan Masyarakat KEMAS Sekijang dengan menganjurkan ' Program Galakan Membaca '. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan membaca sajak, pertandingan mewarna dan kuiz.


Urusetia program Pn. Norfaizah dan Pn. Endon

Pertandinagn membaca sajak


Anak-anak sedang tekun membaca buku yang disediakan

Pertandingan mewarna
.

Isnin, April 19, 2010

BENGEL PENYEDIAAN PROFIL KAMPUNG SIRI 2/2010

Bengkel Penyediaan Profil Kampung KEMAS Sekijang siri 2 bagi DUN Pemanis telah disasarkan kepada Jawatankuasa JKKK Kampung Sungai Segamat 2 dan GDW Kampung Tungku Tiga, Segamat

Program tersebut telah diadakan pada 17 April 2010, jam 9.30 pagi di Balai Raya Kampung Tungku Tiga, Kampung Jawa, Segamat. Turut Hadir dalam bengkel tersebut En. Alus Bin Kassim, Penyelia Kanan KEMAS Sekijang. Beliau memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan bengkel tersebut.

Bengkel Penyediaan Profil Kampung diadakan bagi memperkasakan institusi desa dalam usaha menerapkan konsep Gerakan Daya Wawasan ( GDW ) sebagai proses untuk membangunkan kampung ke arah yang berkualiti( desa Q ) berdasarkan penyedian penyedian profil kampung, plan tindakan pembangunan kampung dan pengemaskinikan pengkalan data " e-GDW ".

Objektifnya pula untuk memberikan kefahaman dan menerapkan hala tuju pembangunan kampung kepada semua agensi serta masyarakat setempat dan memperjelaskan peranan dan tanggungjawap setiap anggota yang terlibat dalam menyedia dan mengemaskini dokumen profil kampung kepada yang lebih baik, lengkap dan tersusun.


Gambar En Alus Bin Kassim bersama pimpinan masyarakat

Gambar sekitar majlis berlangsung
(kiri) En. Khamis Bin Ngadiman
(tengah) En. Alus Bin Kassim
(kanan) En. Pabal Bin Abdullah )

Gambar antara ahli jawatankuasa kampung dan GDW
yang dapat hadir ke bengkel tersebut

.

Jumaat, April 16, 2010

PERHATIKAN DI MANA ANAK KITA.

Berusaha mendidik remaja

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS


Didikan agama yang mantap mampu mengelak remaja terlibat dalam kegiatan tidak sihat. - Gambar hiasan

BUDAK-budak zaman sekarang ni degil dan pelik-pelik. Yang ada mak ayah dan keluarga, dibelakangkan sebab cinta dan impian. Yang ada peluang hendak ke sekolah, disia-siakan dan tidak belajar bersungguh-sungguh.

"Kadang-kadang yang menyusahkan lagi buat kerja tak senonoh, merokok, ponteng sekolah, mencuri dan lain-lain, sedangkan masih bersekolah.. Itu belum campur lagi yang terlanjur, kemudian anak dibuang tanpa belas kasihan.

"Apa nak jadi dengan remaja dan masyarakat kita hari ini.." keluh Pak Samad panjang pada anaknya, Arif selepas membaca akhbar.

"Remaja sekarang memang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Allah sudah kurniakan kita dengan bumi yang aman damai, kita ada bantuan yang banyak, akses pendidikan dan komunikasi bukan sedikit, apa lagi yang mereka mahu.

"Zaman ayah dulu tak ada kemudahan macam ini. Tapi sekurang-kurangnya kami tahu menjaga maruah diri dan keluarga.. ini tidak, makin maju manusia, makin kebelakang pula cara berfikir " tambah Pak Samad lagi, sengaja menguji anaknya.

Bukan Salah Kemajuan (klik ) untuk lanjutan kisah,

.

Khamis, April 15, 2010

PENGHIDAP DEMAM DENGGI TUNJUK GEJALA BERBEZA.

PUTRAJAYA: Demam denggi yang dikaitkan dengan dengan nyamuk aedes yang sudah meragut banyak nyawa boleh dilabelkan virus ‘bijak’ berikutan kehadiran virus itu dalam sistem darah manusia tidak menunjukkan gejala yang sama seperti tujuh tahun lalu.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata mangsa yang menghidap demam denggi akan menunjukkan gejala yang berbeza mengikut keadaan semasa.

“Doktor yang merawat kes berkaitan demam ini perlu meneliti dan memberikan perhatian terhadap gejala yang ditunjukkan pesakit supaya mereka menerima rawatan yang sepatutnya,” katanya pada sidang media mengenai Persidangan Saintifik dan Pameran Antarabangsa Persatuan Pakar Ortodontik Malaysia yang ke 16, di sini, semalam.

Beliau berkata, masyarakat boleh merubah keadaan dengan memperuntukkan 10 minit seminggu bagi membersihkan takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes di rumah mereka.

“Sebenarnya, sikap kita ini (tidak mahu membersihkan kawasan rumah) seakan membenarkan ‘musuh dalam selimut’ itu membiak di dalam rumah dan akhirnya kita yang menjadi mangsa apabila terkena jangkitan demam denggi,” katanya.

Dr Ismail juga menggesa masyarakat lebih peka terhadap persekitaran yang boleh mejadi faktor kepada kemudaratan kehidupan seharian dengan membiarkan nyamuk aedes membiak.

.

Rabu, April 14, 2010

HATI-HATI SINDIKET TAWAR CENDERAHATI

Sindiket tawar cenderahati dipasang alat kesan pergerakan mangsa.

KUALA LUMPUR: Berhati-hati jika sesiapa menawarkan cenderahati percuma ketika berhenti mengisi minyak di stesen minyak. Cenderahati itu mungkin untuk menjerat anda.

Ada sindiket dikesan menawarkan cenderahati percuma dalam bentuk rantai kunci atau patung kecil yang dipasang alat pengesan dipercayai digunakan untuk mengesan pergerakan mangsa hingga ke rumah sebelum merompak mereka.

Taktik terbaru sindiket ini terbongkar susulan beberapa kes dilaporkan sebelum ini membabitkan pelanggan stesen minyak dan pusat servis kenderaan.

Sumber memberitahu Berita Harian, siasatan mendapati sindiket itu menggunakan modus operandi menawarkan hadiah percuma, terutama menjelang musim perayaan dan sambutan acara tertentu.

“Biasanya pelanggan tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggapnya sebahagian daripada aktiviti promosi raya. Mangsa tidak tahu langsung alat pengesan disembunyikan dalam hadiah berkenaan.

Difahamkan, berpandukan alat pengesan itulah sindiket mengenal pasti kedudukan mangsa dan tempat tinggal mereka sebelum bertindak melakukan jenayah,” katanya di sini, semalam.

Melihatkan modus operandi mereka, sumber tidak menolak kemungkinan kegiatan itu dirancang rapi dan membabitkan kumpulan besar.

ifahamkan, mereka bukan saja melakukan kegiatan mereka di Lembah Klang, malah di seluruh negara, dipercayai didalangi sindiket sama.

“Kita harap orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat sindiket terbabit. Kerjasama orang ramai amatlah diperlukan dalam siasatan kes ini,” katanya.

Selasa, April 13, 2010

PROGRAM MESRA RAKYAT ( DOKTOR BERSAMA MASYARAKAT ).

Program Mesra Rakyat peringkat DUN Kemelah telah diadakan pada 11 April 2010, bermula jam 2.30 petang hingga jam 5.00 petang bertempat di Balai Raya Kampung Paya Lenga, Segamat dan dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Baharum Bin Mohamed. Ali Parlimen Sekijang.

Program Doktor bersama rakyat ini antara lain tujuanya untuk memberikan pendedahan kepada penduduk kampung tentang betapanya menjaga kesihatan terutamanya penyakit kanser. Dalam proram ini, KEMAS telah mengundang Doktor Azimah Bte Ahmad daripada LPPKN Negeri Johor untuk menyampaikan ceramah kesihatan berkenaan kanser payudara dan kanser pangkal rahim dan juga kaunseling psikologi . Program ini turut menyediakan pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan oleh anggota LPPKN Daerah Segamat dibawah Sister Hjh. Rokiah Bte. Salleh.

Disamping itu turut diadakan pertandingan 'Masakan Seimbangan dan Gubahan buah-buahan tempatan' bagi mendedahkan kepada penduduk pentingnya mengambil makanan seimbang dalam pengambilan pemakanan seharian.

Majlis ucapan dimulakan dengan ucapan oleh En. Emaran B. Yunos( Pengerusi GDW )
Pn. Noor Aniza Bt. Sarijan ( Pegawai KEMAS Daerah
YB. Datuk Hj. Baharum B. Mohamed merasmikan program

Ceramah kesihatan daripada Pegawai Perubatan
LPPKN Johor Bahru


Penduduk mengambil peluang untuk membuat
pemeriksaan kesihatan ( tekanan darah )


Antara gubahan yang menarik untuk dirakamkan



Pemenang pertandingan gubahan menerima hadiah
daripada YB. Datuk Hj. Baharum Bin Mohamed


.

Isnin, April 12, 2010

PROGRAM MESRA RAKYAT DI KG TUNGKU TIGA, SEGAMAT

Program Mesra Rakyat Pemimpin Turun Ke Desa DUN Pemanis telah dilaksanakan pada 11 April 2004, jam 8.30 pagi hingga jam 3.00 petang bertempat di Balai Raya, Kampung Tungku Tiga, Segamat. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Baharum Bin Mohamed. Ahli Parlimen Sekijang.

Program tersebut antara lain bertujuan merapatkan hubungan pemimpin dengan rakyat akar umbi, disamping itu pemimpin dapat meyalurkan maklumat berkenaan dasar-dasar kerajaan. Perjalanan program telah diselitkan dengan ceramah oleh Jabatan Kesihatan Daerah Segamat, Pemeriksaan Kesihatan dan juga pertandingan kepada semua golongan masyarakat yang tinggal di kampung tersebut.

YB. Datuk. Hj. Baharum sedang menyampaikan Ucapan perasmian

Aktiviti ceramah ' anaku permata hatiku' dan ceramah denggi ' Aedes'

Aktiviti pemeriksaan kesihatan

Sebahagian daripada tetamu yang hadir

Antara acara sukanika yang diadakan iaitu
'mencari harta karun & Mumia "

Para tetamu sedang tekun mendengar ucapan-ucapan

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan
oleh Penyelia Kanan dan Pegawai KEMAS Daerah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails